Jumaat, 20 April 2012

MUSIC PLAYER


">

DOKUMENTARI ILMIAH

                                  
                                                     
                                        DIARI SEORANG PENDIDIK


                                  


                                           KEINDAHAN  PULAU BORNEO


                                       

                                                   MENGEMBARA KE ANGKASA LEPAS    



                                                 


                                                  AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR


     
                                                    
                                                        
                                                     BENCANA ALAM



Selasa, 17 April 2012

AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 
AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR


            Aktiviti Pendidikan Luar adalah salah satu daripada aktiviti Kokurikulum yang dianjurkan oleh seluruh Negeri di Malaysia. Di Sarawak, Aktiviti Pendidikan Luar adalah salah satu daripada aktiviti tahunan di Pusat Kokurikulum Negeri Sarawak yang terletak berdekatan dengan Kampung Santubong. Aktiviti Pendidikan Luar ini melibatkan pelajar Sekolah Rendah, Menengah, IPG, Universiti dan sebagainya.

Didalam Aktiviti Pendidikan Luar ini ianya terdiri daripada pelbagai jenis aktiviti mengikut kesesuaian peringkat pelajar contohnya bagi Sekolah Rendah salah-satu aktivitinya ialah Perkhemahan Alam Semulajadi Murid Sekolah Rendah manakala peringkat Sekolah Menengah pula ialah Perkhemahan Integrasi 1 Malaysia. Manakala bagi Institut Pengajian Tinggi selalunya akan membuat aktiviti lasak untuk menguji daya tahan fizikal dan mental. Pelbagai bentuk aktiviti lasak diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri Sarawak seperti Aktiviti Flyfox, Abseling, Repeling, Wall Climbing, berkayak, berbasikal, larian  berhalangan, berkawad dan sebagainya mengikut kesesuaian peringkat umur kumpulan peserta.

Abseling
        Abseling adalah salah satu aktiviti yang menguji ketahanan mental dan fizikal dimana peserta perlu menghadapi dua cabaran iaitu meniti jambatan monyet yang di buat dari Tali Statik untuk naik ke atas pokok . Apabila sudah sampai ke pelantar di atas pokok para peserta akan melalui satu lagi rintangan di mana para peserta akan turun dari atas pokok dengan menggunakan Tali Dinamik. Namun begitu sebelum para peserta melakukan aktiviti ini, mereka akan di kehendaki memakai peralatan keselamatan dan akan di semak oleh Jurulatih yang berpengalaman sebanyak tiga kali iaitu semasa memakai peralatan keselamatan (rajah 1) , sebelum meniti jambatan monyet( rajah 2 ) dan yang terakhir sebelum turun dari pokok dengan menggunakan Tali Dinamik. ( rajah 4 )


( Rajah 1 ) Kelihatan Jurulatih sedang memberi tunjuk ajar kepada para peserta untuk memakai peralatan keselamatan dan memastikan cara penggunaannya adalah betul dan selamat.




( Rajah 2 ) Kelihatan pemeriksaan untuk kali kedua oleh Jurulatih yang bertugas sebelum melepas para peserta untuk meniti jambatan monyet untuk naik ke pelantar yang terletak di atas pokok.





( Rajah 3 ) Kelihatan salah seorang para peserta sedang meniti jambatsn monyet sehingga sampai ke pelantar di atas pokok.




( Rajah 4 ) Kelihatan Jurulatih memeriksa para peserta untuk kali yang ketiga sebelum dilepaskan turun dari pokok dengan menggunakan Tali Dinamik. Permohonan untuk meniti Jambatan Monyet, turun dari pokok dan setelah selamat sampai di bawah pokok haruslah dimaklumkan kepada Jurulatih yang bertugas bagi setiap seksyen.



( Rajah 5 ) Salah seorang peserta melakukan penurunan dari pelantar. Keseronokan terlihat dari senyuman bahawa ianya adalah satu pengalaman yang mencabar semangat dan mindanya.







( Rajah 6 ) Beginilah keadaan tapak aktiviti Abseling sebelum aktiviti dijalankan. Kelihatan jambatan monyet yang seringkali menggugat semangat dan keyakinan para peserta


( Rajah 7 ) Sesi Refleksi akan diadakan selepas tamatnya aktiviti Abseling. Ini bertujuan untuk mendapat maklum balas peserta terhadap perjalanan aktiviti yang telah dijalankan.






REPELLING

        Aktiviti Repelling salah satu aktiviti yang sungguh mencabar dimana pelajar akan di ajar dan dilatih untuk menuruni lereng bukit yang curam. Aktiviti ini amat memerlukan keberanian dan kesungguhan serta kerja sama diantara peserta dengan Jurulatih yang bertugas. Jenis tali yang digunakan ialah jenis Dinamik.


( Rajah 1 ) Teknik menuruni curam dimana peserta haruslah memastikan peralatan yang digunakan berfungsi dan berkeadaan baik sebelum menuruni bukit curam. Rajah 1 disebelah adalah teknik yang ditunjukkan oleh salah seorang Jurulatih kepada para peserta.





( Rajah 2 ) Kedudukan badan peserta haruslah berada didalam keadaan yang betul bertujuan supaya proses penurunan berada didalam keadaan lancar dan mudah.








WALL CLIMBING


      Wall Climbing juga dikenali sebagai Tembok Tiruan dimana para peserta dapat menguji kemampuan mental dan fizikal mereka di mana untuk mencapai ke kemuncak tembok tiruan bukanlah satu perkara yang mudah kerana tanpa kecekalan dan disiplin yang kuat, para pelajar tidak akan sampai ke kemuncaknya.


( Rajah 1 ) Sebelum peserta memulakan aktiviti Wall Climbing, para peserta akan diberi taklimat dan tunjuk cara menggunakan peralatan untuk Wall Climbing.





( Rajah 2 ) Jurulatih yang bertugas akan memastikan peralatan yang di pasang oleh peserta adalah lengkap dan selamat sebelum di benarkan memanjat tembok tiruan. Keselamatan perlu di ambil kira untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini berlaku.




( Rajah 3 ) Para peserta akan melapor diri kepada Jurulatih yang bertugas sebelum memulakan aktiviti dan menunggu arahan daripada Jurulatih. Setelah menerima arahan Jurulatih, barulah para peserta boleh memanjat tembok tiruan. Sewaktu peserta memanjat, Jurulatih akan memainkan peranan sebagai Belay ( pengawal ).



( Rajah 4 ) Para peserta bersaing mental dan fizikal untuk berlumba-lumba untuk sampai ke kemuncak tembok tiruan. Persaingan secara sihat ini akan meningkatkan kesefahaman dan mengeratkan sifat kerjasama diantara peserta dan Jurulatih.




FLYING FOX


     Aktiviti Flying Fox juga dikenali sebagai Kubung Terbang. Aktiviti ini juga adalah salah satu aktiviti yang amat menyeronokan serta mampu menguji ketahanan mental peserta. Peralatan yang digunakan ialah Tali Statik, Carabinar, Helmet, Full Harnest, Figure Of Eight dan beberapa peralatan yang lain.



( Rajah 1 ) Senarai peralatan yang perlu ada untuk menjalankan aktiviti Flying Fox seperti yang di tunjukkan didalam rajah 1 di sebelah. Peralatan ini perlu ditunjukkan untuk memudahklan para peserta mengenali peralatan yang digunakan untuk Flying Fox.








 ( Rajah 2 )  Sebelum aktiviti dijalankan, sesi taklimat perlu dijalankan untuk memaklumkan kepada peserta tentang langkah keselamatan dan pendedahan kepada pelajar tentang alat-alat untuk menjalankan aktiviti Flying Fox.







( Rajah 3 ) Pelantar Flying Fox dimana ianya menjadi tempat untuk melepaskan para peserta. Pelantar ini di kendalikan oleh sekurang-kurangnya 3 orang Jurulatih dimana dua orang sebagai pelepas dan seorang sebagai pemeriksa kelengkapan yang digunakan oleh peserta untuk keselamatan dan berfungsi dengan baik.





( Rajah 4 ) Salah seorang peserta hampir sampai di kawasan penamat. Di garisan penamat pergerakan Flying Fox peserta akan di kawal henti oleh  Jurulatih yang bertugas di bahagian penamat. Cabaran yang tinggi menggugat keberanian peserta. Disinilah tempat kayu pengukur setakat mana kekuatan mental pelajar dan menguji setakat mana keberanian pelajar untuk menempuhi alam kehidupan.






BERKAYAK

     Berkayak adalah salah satu aktiviti air yang terdapat di Pusat Kokurikulum Negeri Sarawak di Santubong. Selalunya aktiviti berkayak melibatkan kepada pelajar Peringkat Menengah dan Institusi Pengajian Tinggi.. Aktiviti ini sememangnya menyeronokan dan boleh menenangkan fikiran tetapi menjadi cabaran yang tinggi bagi peserta yang mudah diserang mabuk laut. Bagi peserta yang terlibat dalam berkayak, disiplin diri perlu di titik beratkan seperti memakai Life Jecket berwisel dan menggunakan pakaian yang sesuai. Dibawah adalah beberapa tatacara yang perlu diikuti sebelum berkayak.


( Rajah 1 )  Sesi Taklimat perlu dilakukan sebelum melakukan apa-apa aktiviti. Didalam taklimat akan didedahkan peraturan-peraturan semasa berkayak,tentang disiplin diri sebelum sehingga habis aktiviti berkayak, isyarat kecemasan dan sebagainya.





( RAJAH 2 ) Senaman perlu dijalankan sebelum aktiviti berkayak dijalankan. Selalunya senaman ini akan dijalankan sebelum aktiviti Water Balance dijalankan. Ini adalah untuk mengelakan berlakunya kekejangan otot kepada para peserta.






( RAJAH 3 ) Aktiviti Water Balance akan dijalankan dipermukaan darat dahulu untuk memastikan para peserta mengetahui teknik atau cara melakukan aktiviti Water Balance. Ianya akan dilakukan di atas daratan sebelum beralih ke air dimana keadaan sebenar Water balance dijalankan.




( RAJAH 4 ) Aktiviti Water Balance dijalankan seperti yang ditunjukan didalam rajah 4 dimana seorang hingga dua orang Jurulatih akan bersama-sama aktiviti ini dan memimpin para pelajar. Didalam aktiviti Water Balence beberapa teknik yang akan didedahkan iaitu teknik apungan telentang di dalam bulatan kumpulan untuk meyakinkan peserta sewaktu berada di air



( RAJAH 5 ) Selepas selesai aktiviti Water Balance dan keyakinan peserta di atas air, maka para peserta akan dilepaskan ke air dengan menggunakan kayak secara berdua. Peserta akan berkayak mengikut kumpulan dan di pantau oleh Jurulatih yang bertauliah sehingga sampai ke destinasi.




BERBASIKAL

 Aktiviti berbasikal adalah salah satu aktiviti yang amat digemari oleh para peserta kursus Pendidikan Luar dimana para peserta dapat melihat keindahan alam semulajadi sambil bersenam dengan mengayuh basikal. Selalunya para peserta kursus akan mengayuh basikal sejauh 25 hingga 30 km. Didalam aktiviti ini juga para peserta dapat mengenali bahagian-bahagian basikal. Selalunya sesi pengenalan ini akan diberi dalam bentuk bengkel sebelum aktiviti mengayuh basikal dijalankan.

Peserta berbasikal akan mengayuh secara berkumpulan dalam satu barisan dimana para peserta akan di awasi oleh Jurulatih yang bertugas. Aktiviti ini selalunya dijalankan pada awal pagi sekitar jam 8.00 pagi hingga jam 10.00 pagi dan akan bersambung pada jam 2.00 petang sehingga jam 4.00 petang. Bilangan Jurulatih khas berbasikal dalam sekitar 30 orang. Bilangan Jurulatih ini mampu mengawal pergerakan paserta berbasikal100 hingga 400 orang peserta.


BERKAWAD

Aktiviti Berkawad adalah salah satu aktiviti asas didalam perkhemahan. Ini adalah untuk meningkatkan tahap disiplin peserta sewaktu berada didalam Pusat Kokurikulum.Aktiviti berkawad ini dijalankan pada sebelah pagi selepas aktiviti senaman pagi diantara jam 7.30 pagi sehingga jam 9.00 pagi. Didalam aktiviti berkawad ini tenaga pengajar adalah terdiri daripada Jurulatih Pusat yang bertauliah dan berpengalaman dalam mengendalikan aktiviti berkawad.
AKTIVITI KAWAD KAKI

                               
JURULATIH KAWAD