Ahad, 20 Mei 2012

LAPORAN PEMBINAAN BLOG KUMPULAN

LAPORAN PENGHASILAN BLOG ( MODUL ATAS TALIAN )

Penghasilan Blog ini adalah sesuatu yang baru bagi kumpulan. Namun begitu dengan berbekalkan semangat kerjasama dalam semua ahli kumpulan maka kumpulan kami berjaya menghasilkan sebuah blog yang menarik dan boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada semua pelajar tidak kira usia.

Didalam blog ini terdapat beberapa bahagian:-
1. RPH
2. Dokumentari berbentuk ilmiah
3. Video yang berkaitan dengan pelajaran
4. Contoh aktiviti dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Luar.

RPH yang dibuat dan dirancang telah di laksanakan di dalam P&P untuk memastikan sama ada ianya bersesuaian dengan pelajar sebelum di praktikkan di suatu hari nanti. Ternyata didalam proses P&P, ternyata pelajar memberikan memberikan komitmen yang tinggi dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan.

Didalam blog ini juga yang paling menariknya para pelawat akan di sajikan dengan lagu-lagu yang menarik untuk menambahkan keceriaan blog ini. Selain daripada itu pelbagai bentuk seni reka tapak dapat di tonjolan dimana penggunaan teknik animasi juga digunakan. Penghasilan blog ini boleh dikatakan amat mencabar kerana ianya memerlukan kesabaran dan keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru...

Terima kasih kepada rakan-rakan ahli kumpulan KPD3016 SERIAN GROUP di atas kerjasama yang diberikan semoga blog ini mampu bersaing dengan blog-blog yang sedia ada. Semoga kerjasama berterusan sehingga akhir pengajian..
Terima Kasih...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan